Tuesday, 24 May 2016

Baju Raya Romper Baju Melayu Untuk Baby

Teks: Diana Jamrah
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum salam sayang.sahabat.

Sejak sibuk dengan urusan keluarga ni saya hampir-hampir tak sempat nak promote baju raya romper baju melayu untuk baby boy. Memang sangat selesa material baju romper ni, sejuk memang sesuai untuk baby. Lagi-lagi dengan cuaca panas sekarang.


Lagi satu saya suka romper baju melayu ni sebab ia bukan sahaja boleh pakai semasa hari raya, tapi boleh pakai pergi jalan-jalan hari biasa sebagai baju casual. Tak nampak canggung. Kalau beli baju melayu yang betul tu untuk baby, lepas pagi raya dah tak pakai lagi dah kan..Rugi. Sebab itu saya sangat suggest romper baju melayu ni untuk digayakan baby boy kita di pagi raya. Lepas raya nak jalan-jalan biasa pun boleh pakai.

Khas untuk mommy comel semua yang ada baby boy macam saya, saya nak bagi diskaun untuk ready stock ni.

Kalau harga retail biasa RM 60 sehelai. Untuk yang terawal selagi ada stock, hanya RM 40 sahaja. Kalau postage tambah lagi RM 5 untuk semenanjung.

Jom kita cuci mata tengok romper baju melayu yang kami ada ready stock.  Ziyad jadi modelnya. :)

Ready stock ada warna maroon dan turqoise.
>> Saiz S (1-6 bulan) RM 45 sahaja termasuk penghantaran SM

>>Saiz M (6-12 bulan) RM 45 sahaja termasuk penghantaran SM

Nak order jom terus whatsapp saya ya >>> 011-1084 9559 <<< Diana.

Jom order tau..sebab ready stock dan baju ni memang best tak rugi beli..

Untuk sahabat yang mahu menyertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan mahu belajar buat blog serta jana pendapatan dari blog boleh hubungi saya ya. :)

Tuesday, 17 May 2016

Perjalanan Mak Untuk Bypass Surgery PART 4

Teks: Diana Jamrah
Gambar: Koleksi Peribadi

Tarikh pembedahan mak telah ditetapkan pada 27/4/2016 iaitu pada hari Rabu. Hujung minggu sebelum mak menjalani pembedahan saya dan suami serta anak-anak ke Kuala Lumpur untuk menziarahi mak. Hati ini tersarat penuh rasa rindu terhadap mak. Memang kalau mak sihat, mak garang dan selalu berleter itu ini. Saya dan suami tidak boleh tidak jika tidak pulang ke kampung. Nanti mak mesti merajuk. Panjang muncungnya.  Tapi bila mak ke IJN, kami macam hilang rutin hujung minggu pula. Sebab selalu setiap minggu memang akan pulang ke kampung ziarah mak.

Mak terkejut bila saya telefonnya mahu ke KL ziarah mak. Mak menangis teresak-esak apabila dapat berjumpa dengan cucu-cucunya yang memang tak reti diam ni. (Anak-anak sayalah tu) Sedih pula lihat mak begitu.

Tetapi dalam kesedihan, mak kelihatan sangat bersemangat untuk menjalani pembedahannya. Malam sebelum pembedahan, anak saudara saya Nabilla yang menemani emak. Pagi seawal subuh mak telah dimandikan dan dipersiapkan khas untuk memasuki dewan bedah. Sayu tersangat sayu apabila Nabilla mengirimkan gambar mak sedang bersiap. Air mata tak henti keluar. Saya sedih kerana saya tidak dapat menemani mak ketika itu. Saya hubungi mak, saya memohon ampun maaf dan saya mendoakan mak.

Pada jam 11 pagi mak di sorong ke bilik pembedahan. Hanya gambar yang dikirimkan oleh abang ipar kepada saya. Setelah hampir 7 jam pembedahan berjaya. Alhamdulillah..Syukur Ya Allah..

InshaaAllah nanti saya akan update entry berkenaan tentang penjagaan selepas bypass surgery. Dan juga apa yang diperlukan persediaan sebelum menjalani pembedahan bypass.


>>Jom Sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan belajar blog secara online. Hubungi saya untuk cerita lanjutnya.

 Whatsapp/call/sms   011-1084 9559

Saturday, 14 May 2016

Ini Rupa-rupanya Hikmah Tidak Bekerja

Teks: Diana Jamrah
Gambar: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah..dapat luruskan badan sementara si kecil tidur. Tiba-tiba saya terfikir dan teringat tahun lepas 2015 bulan Mei saya masih terpinga-pinga, bersedih melayan perasaan kecewa kononnya perniagaan saya usahakan gagal dan tidak ke mana. Saya pula tiada kerja. Kalau sebelum itu saya kerja gaji lumayan boleh beli apa yang saya suka, tapi saat dan ketika itu saya jobless.

Saya memang sangat rasa down. Ketika itu hamilkan baby Ziyad 3 bulan. Saya masih tak tahu apa hikmah yang Allah nak beri dari ujianNya itu. Yang pasti ujianNya memberi saya kesedaran untuk lebih mendekatkan diri kepada Dia.

Tapi di saat saya menulis ini, mak kesayangan saya sedang terbaring lemah di tilam ruang tamu rumah saya yang comel. Allahuakbar...saya bermonolog sendiri. Ini hikmah mungkin hikmah paling besar Allah beri. Allah beri saya peluang untuk saya menyantuni mak saya disaat mak tidak punya kudrat seperti selalu. Allah beri saya peluang untuk saya jaga mak, belai mak yang sedang sakit.

Saya terfikir..jika ketika ini saya bekerja makan gaji di pejabat seperti dulu, tak mungkin saya dapat menjaga mak 24 jam. Tak mungkin saya dapat mandikan mak pagi-pagi seperti sekarang. Inilah hikmahnya..Semoga mak meredhai.saya dan semoga Allah juga meredhai saya.

Memang kita tak akan tahu apa perancangan Allah untuk kita. Kita selalu fikir apa yang kita nak dan mahu itu adalah yang terbaik untuk kita. Tapi kita lupa bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terbaik untuk hambaNya.

Saya juga leka dan lalai kerana berfikir dan selalu bertanya kenapa dan kenapa..Ya Allah ampunilah aku.

Wednesday, 11 May 2016

Penat Kau Jaga Aku

Teks: Diana Jamrah
Gambar: Koleksi Peribadi

Jam di dinding sekarang hampir pukul 12 malam. Anak-anak dah selamat tidur nyenyak. Kebetulan tadi aku dah terlelap masa susukan Ziyad. Biasalah kan..kalau mama susukan anak, mama pun hanyut tidur sama :)

Tiba-tiba suami kejut sebab mak panggil aku. Mak mengerang kesakitan. Sakit bahu, sakit dada bekas pembedahannya, sakit perut dan macam-macam lagi mak mengadu sakit. Aku hanya mampu usap-usap di tempat yang mak cakap sakit. Usap perlahan-lahan, sebab mak cakap kalau picit-picit mak sakit.

Mak terus bercakap-cakap..itu ini. Aku hanya dengar dan sesekali membalas sebab aku tahu mak sekadar ingin meluahkan rasa kesakitan yang mak sendiri tak tau nak describe macam mana. Air matanya mengalir..makin lama makin laju dan mak teresak-esak.

Allah..Sesungguhnya aku tak tahan tengok mak macam ni. Aku nak menangis sama. Tapi tak boleh! Aku kena kuat untuk buat mak kuat. Aku cuba tahan, tapi empangan air mata pecah juga. Air mata mengalir juga, tapi aku tahan dari mak perasan.

"Penat kau jaga aku" kata mak..Ya Allah..berderu-deru air mata bila mak cakap macam tu.

"Mak..dulukan Ana baby, ana kecil, ana sekolah, mak yang jaga Ana kan. Mak janganlah cakap macam tu. Biar Ana jaga mak. Tak ada apa-apa. Ana tak penat."

Dalam hati ni macam-macam lagi cakap..Biarlah Ana jaga mak, Ana nak cari redha mak pada Ana. Sebab redha Allah tu bergantung pada redha ibu terhadap anaknya.

Di saat mak sakit macam ni mak hanya nak dimanja-manja kan oleh anak-anak dia. Keluh kesah mak..mak nak anak-anak dia balas dengan rasa belas ihsan padanya. Mak seperti baby. Sama seperti Ziyad.

Mak..Ana yakin mak kuat. Mak mesti boleh lalui tempoh-tempoh sukar selepas pembedahan ni. Mak mesti akan baik dan sembuh.

Ana sayang mak..sayang sangat-sangat. Ana harap mak dapat rasakan kasih sayang ana. Biar ana jaga mak ya.

-Diana Jamrah-

Perjalanan Mak Untuk Bypass Surgery PART 3

Teks: Diana Jamrah
Gambar: Koleksi Peribadi

Sambungan dari entri yang lepas (Part 2), saya sambung cerita tentang perjalanan mak sehingga ke pembedahan bypass.

Setelah mak dibenarkan pulang oleh doctor HSA, mak tinggal bersama saya. Keadaan kesihatan mak tak banyak berubah. Malah makin merosot, setiap malam mak diserang sakit jantung. Mak masih mempertimbangkan keputusannya samada mahu membuat pembedahan bypass atau tidak.

Dan akhirnya pada 17/4/2016 , mak bersetuju untuk mengikut abang saya yang ke-4 untuk membuat pemeriksaan di IJN. Malam sampai di rumah abang, sekali lagi mak diserang sakit jantung. Kali ini agak teruk dan mak terus dibawa ke bahagian kecemasan IJN. Mak terus dimasukkan ke wad. Setelah beberapa hari mak menjalani pelbagai pemeriksaan rapi, doctor menetapkan tarikh 27/4/2016 sebagai tarikh untuk mak menjalani pembedahan bypass.

Mak bersetuju. Alhamdulillah. Kali ini semua keputusan dibuat oleh mak sendiri. Tanpa ada pengaruh dari kami anak-anaknya. Kami hanya berdoa yang terbaik untuk mak.

Sepanjang berada di wad IJN lebih kurang seminggu lebih, mak kelihatan lebih sihat, bertenaga dan banyak tersenyum. Itu khabar yang saya dapat hari-hari dari group whatsapp keluarga kami. Atas komitmen anak-anak yang bersekolah, dan suami bekerja saya tidak dapat menemani mak di wad.

Sepanjang seminggu itu hanya kakak saya dan anak saudara yang bermalam menemani mak, tetapi yang lain cucu-cucu dan menantu mak tidak henti-henti ziarah mak setiap hari. Mak tidak sunyi.Mak nampak bersemangat untuk menjalani pembedahan bypass itu.
Alhamdulillah.. Dan sekarang saya rindukan senyuman mak.

Sambungan di entri seterusnya saya akan ceritakan perasaan saya, saat-saat getir mak sebelum dan selepas pembedahan.


>>Jom Sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan belajar blog secara online. Hubungi saya untuk cerita lanjutnya.

 Whatsapp/call/sms   011-1084 9559 Diana :)

Monday, 9 May 2016

Hari Ibu Penuh Emosi

Teks: Diana Jamrah
Gambar: Koleksi Peribadi

Mak..Alhamdulillah mak dah selamat pulang ke Johor.

Kebetulan semalam hari ibu..biasanya taklah emosi sangat. Biasa-biasa saja. Tapi kali ini agak berbeza..Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.Menulis begini pun air mata sudah bergenang, empangan mahu pecah.

Terima kasih Allah. Kau lanjutkan usia mak aku hingga saat ini.
Allah beri peluang pada diri ni untuk menyantuni mak. Hari ibu semalam, kali pertama memandikan mak secara sepenuhnya. Syampu rambutnya, sabun badannya, gosok badannya sama seperti aku memandikan babyku Ziyad. Allahuakbar. Sayu hati ini.

Dalam hati berkata..inilah mak yang dulu membelai, memandikan aku dengan penuh kasih sayang. Hati penuh sebak tapi mulut ni penuh bualan supaya mak bersemangat semula.

Siap mandi, aku bedakkan mak seperti juga aku bedakkan Ziyad. Aku sisir rambutnya yang semakin putih itu. Aku ikat rapi. Ya Allah, mak..banyak dosa Ana pada mak..Ana harap dapat gembirakan hati mak sekarang ini. Hati aku tak henti-henti bercakap sendiri.

Ya Allah izinkan aku untuk membelai mak selagi ada hayatnya. Izinkan aku untuk gembirakan hatinya. Izinkan aku untuk berbuat baik padanya walaupun aku tahu tak mungkin terbalas semua jasa. Aku mahu redhanya Ya Allah.

Mak memang seorang yang garang. Mak memang suka membebel. Anak-anak mak, cucu-cucunya memang tahu dan faham perangai mak. Tapi bila mak diuji sakit begini, hilang bebelannya, hilang garangnya, aku seakan sunyi.. Aku rela untuk mendengar bebelannya. Biarlah dia kembali sihat seperti dulu, membebel semula kepadaku. Dari dia terbaring lesu.

Selamat hari ibu utk ibu mertuaku juga. Kalian keramat hidup aku dan suami. Doa kalian yg kami dambakan utk mengharungi hidup ni..

#selamathariibusemuasahabatku
#mogakitasemuajadiibuterbaik

Saturday, 7 May 2016

Perjalanan Mak Untuk Bypass Surgery PART 2

Teks: Diana Jamrah
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalammualaikum.. :) Alhamdulillah. Sekarang dalam perjalanan pulang ke rumah dari rumah mertua. Jalan agak jem, jadi saya ambil masa terluang ni untuk sambung cerita perjalanan mak untuk ke pembedahan bypass atau pintasan jantung.

Bersambung dari cerita lepas, procedure PCTA untuk mak di KPJ tidak berjaya kerana mak mengalami serangan jantung dan tekanan darah tinggi naik mendadak ketika procedure sedang dijalankan. Mak dimasukkan ke wad CICU untuk pemantauan. Setelah 2 hari di CICU, kami berbincang dengan doctor untuk pindahkan mak ke hospital kerajaan kerana mak tidak dibenarkan pulang ke rumah sebab keadaan mak sangat tidak sihat. Tetapi untuk stay di CICU KPJ kami risaukan bilnya sebab sehari lebih kurang RM 3000 untuk CICU.

Setelah berbincang dengan doctor, kami sekeluarga bersetuju untuk memindahkan mak ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Mak di masukkan ke wad CCU selama 5 hari. Di sana mak dipantau rapi. Doctor di HSA mencadangkan mak menjalani pembedahan pintasan jantung atau bypass.Tetapi ketika itu mak tidak bersetuju, dan mak meminta untuk pulang ke rumah dahulu.

InshaaAllah nanti saya sambung lagi ya.